PERNIAGAAN Global VeMMA

16/05/2009

PERNIAGAAN internet yang gempak sejak akhir-akhir ini.anda tentu pernah jumpa laman web mengenai perniagaan VeMMa kan tapi kerana kurang faham bahasa inggeris sudah tentu melemahkan anda.Baiklah untuk membantu Anda JanaNiaga terjumpa sebuah laman mengenai perniagaan ini.Di bawah ini merupaka sedutan dari laman wen VeMMA berbahasa melayu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah.. dengan izin Tuhan dan berkatNya maka terbinalah laman web ini. Di atas permintaan ramai, saya membina laman web berbahasa melayu ini bukanlah untuk meyakinkan sesiapa tetapi dengan tujuan untuk membantu setiap orang diluar sana untuk menjana pendapatan 100% online daripada business global yang mantap ini disamping untuk memiliki tahap kesihatan yang ‘excellent’. Terutamanya rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Sebenarnya setiap ahli di VeMMA tidaklah memerlukan kehebatan untuk mencipta laman web sendiri. Semua platform telah disediakan oleh syarikat VeMMA dan VemmaBuilder itu sendiri. Cuma kekurangan sesetengah orang, business ini dijalankan dalam bahasa inggeris. Saya tidaklah sehebat mana dalam berbahasa tetapi nekad saya untuk mengubah nasib diri telah membuatkan saya belajar sedikit demi sedikit disamping membantu meningkatkan diri saya dari semasa ke semasa.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Saya masih kekal dalam business ini kerana, bukan sahaja business ini mudah dibuat malah saya berpeluang menjana pendapatan tanpa had dan juga mengambil produk kesihatan yang sangat bagus. Pada pengamatan saya asas kekuatan sesuatu business juga bergantung kepada produk dan bagaimana sistem itu membantu anda. Live in healthy and wealthy life. Work Smart..!!

Baiklah.. VeMMA adalah satu business MLM dari USA yang menjual dan menghasilkan sendiri produk kesihatan berasaskan jus kulit manggis, aloe vera, estrak teh hijau dan 108 kandungan yang lain hanya didalam satu botol sahaja, lengkap. Tidak perlukan bermacam-macam produk. Syarikat ini sudah berusia lebih daripada 10 tahun dan memulakan business secara online sepenuhnya pada tahun 2004. Mantap, kukuh dan tiada hutang.

Jadi, sejak saya mencuba business MLM ini secara online dan sedikit offline beberapa bulan yang lalu, apa yang saya boleh kongsikan disini adalah syarikat ini mengamalkan satu sistem penjanaan dan bantuan follow-up prospek di internet yang cukup hebat, sistem VemmaBuilder. Dan juga produk yang sangat bagus.

Kombinasi PengRECRUITan Internet + Pemasaran Produk + Latihan + Pemantaun + Follow-up + Sesi Motivasi yang semuanya dilakukan secara online mengesahkan bahawa VeMMA adalah satu pilihan dan peluang terbaik untuk HOME BASED BUSINESS kepada anda.

Tiada business yang tiada usaha. Disini cuma memerlukan 10% usaha anda sahaja dan selebihnya 90% akan dilakukan oleh sistem itu sendiri dan “back-up” daripada kekuatan produk.

Terima kasih kepada ahli-ahli VeMMA yang sentiasa memberikan sokongan serta tidak lupa kepada upline saya yang telah memperkenalkan business ini kepada saya.

Saya berharap laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan info tentang business global yang hebat ini. Anda tidak perlu untuk meminta kebenaran daripada saya untuk mengambil apa sahaja informasi daripada laman web ini. Semua ini untuk anda. Setiap kebaikan datang daripadaNya dan setiap kelemahan daripada saya jua. Diucapkan selamat maju jaya dan diberkati selalu..!!

VeMMA Member
ID 603731905
depetik dari laman : http://rockfosgate.webs.com/


Portal 2+1

16/05/2009

Portal Komuniti Teknologi Rangkaian
ok la,hari ni JanaNiaga ingin menceritakan mengenai portal yang merupakam Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam Internet.

Dunia dunia yang tanpa sempadan ini portal juga merupakan satu medium kepada rakyat untuk membicarakan sesuatu isu atau cerita dengan pembagai pendapat dan cadangan yang boleh kita analisis mengikut pandangan sendiri.

PORTAL sekarang bukan sahaja ahlinya dapat berbincang malah mendapatkan sesuatu perisian,cerita,atau pelbagai benda secara percuma atau berbayar,Selain itu di ruang portal juga di sediakan ruanga sembang online,info terkini dan yang peling penting Ruangan Peniklanan yang mana boleh membant mereka yang menjalankan bisnes online untuk laluan trafik kepada mereka.

di bawah ini JanaNiaga letakkan beberapa portal yang terbaik:

Revolusi Komuniti Masa Kini
.: sYok.Org :


Rancangan Perniagaan – Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan

16/05/2009

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

Antara kegunaan rancangan perniagaan:

* Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
* Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
* Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
* Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap

Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan

Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Jadual kandungan

Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.

2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis

Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.

3. Pengenalan

Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.

4. Tujuan Penyediaan RP

Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?

5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?

6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham

Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi

Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.

8. Rancangan & Strategi Pemasaran

Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).

Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?

Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?

10. Rancangan Kewangan

Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.

Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

Dipetik Dari:http://ekerjaya.com/


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.