Jangan Tegur

31/05/2009

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.


Mencari Cinta?

31/05/2009

Salam…

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta…

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan…….
.
.
.

Kesimpulannya… janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=usahaniaga


Insyallah, dapat membantu.
Bye!


Mari Belajar Bahasa Jepun

18/05/2009

Chichi = Ayah (untuk ayah sendiri)
Hi = Api
Neru-mae-ni = Sebelum Tidur
Denki-wo kesu = Tutup lampu
Sanso = Oksigen
Kieru = Padam/Hilang
Kaigai = Luar negara
Pasupooto = Passport
Shucchou = Outstation
Kekkon = Kahwin
Dokushin = Bujang
Mada = Belum/Masih
Omoidasu = Teringat
Omiyage = Buah tangan
Uta = Lagu
Seiji = Politik
Houkokusho = Laporan
Jouhou = Maklumat
Daigaku = Universiti
Webu-saito = Laman Web
Kiku = Dengar
Kanashii = Sedih
Omoide = Kenangan


Nak cuba Join msmasyuk

18/05/2009

Baru Pagi tadi akan dah tranfer duit kat msmasyuk.orang kata dengan guna msmasyuk boleh wak duit.aku nak cuba la dulu mana-mana tau betul.heheheh.

Mungkin anda pernah dengan mengenai msmasyuk ni kan.ok la JanaNIaga cuba terangkan benda aper laa msmasyuk ni.msmasyuk merupakan satu jenis virus yang boleh mendatangkan duit (bukan virus buat rosak komputer atau spam) dimana setiap gambar yang dklik akan di bayar.ia khas kepada mereka yang ader frenster dan myspace.apa-apa hal biar JnaNIaga Cuba dulu ekkk.ok asalamulaikum…………


PERNIAGAAN Global VeMMA

16/05/2009

PERNIAGAAN internet yang gempak sejak akhir-akhir ini.anda tentu pernah jumpa laman web mengenai perniagaan VeMMa kan tapi kerana kurang faham bahasa inggeris sudah tentu melemahkan anda.Baiklah untuk membantu Anda JanaNiaga terjumpa sebuah laman mengenai perniagaan ini.Di bawah ini merupaka sedutan dari laman wen VeMMA berbahasa melayu.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah.. dengan izin Tuhan dan berkatNya maka terbinalah laman web ini. Di atas permintaan ramai, saya membina laman web berbahasa melayu ini bukanlah untuk meyakinkan sesiapa tetapi dengan tujuan untuk membantu setiap orang diluar sana untuk menjana pendapatan 100% online daripada business global yang mantap ini disamping untuk memiliki tahap kesihatan yang ‘excellent’. Terutamanya rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Sebenarnya setiap ahli di VeMMA tidaklah memerlukan kehebatan untuk mencipta laman web sendiri. Semua platform telah disediakan oleh syarikat VeMMA dan VemmaBuilder itu sendiri. Cuma kekurangan sesetengah orang, business ini dijalankan dalam bahasa inggeris. Saya tidaklah sehebat mana dalam berbahasa tetapi nekad saya untuk mengubah nasib diri telah membuatkan saya belajar sedikit demi sedikit disamping membantu meningkatkan diri saya dari semasa ke semasa.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Saya masih kekal dalam business ini kerana, bukan sahaja business ini mudah dibuat malah saya berpeluang menjana pendapatan tanpa had dan juga mengambil produk kesihatan yang sangat bagus. Pada pengamatan saya asas kekuatan sesuatu business juga bergantung kepada produk dan bagaimana sistem itu membantu anda. Live in healthy and wealthy life. Work Smart..!!

Baiklah.. VeMMA adalah satu business MLM dari USA yang menjual dan menghasilkan sendiri produk kesihatan berasaskan jus kulit manggis, aloe vera, estrak teh hijau dan 108 kandungan yang lain hanya didalam satu botol sahaja, lengkap. Tidak perlukan bermacam-macam produk. Syarikat ini sudah berusia lebih daripada 10 tahun dan memulakan business secara online sepenuhnya pada tahun 2004. Mantap, kukuh dan tiada hutang.

Jadi, sejak saya mencuba business MLM ini secara online dan sedikit offline beberapa bulan yang lalu, apa yang saya boleh kongsikan disini adalah syarikat ini mengamalkan satu sistem penjanaan dan bantuan follow-up prospek di internet yang cukup hebat, sistem VemmaBuilder. Dan juga produk yang sangat bagus.

Kombinasi PengRECRUITan Internet + Pemasaran Produk + Latihan + Pemantaun + Follow-up + Sesi Motivasi yang semuanya dilakukan secara online mengesahkan bahawa VeMMA adalah satu pilihan dan peluang terbaik untuk HOME BASED BUSINESS kepada anda.

Tiada business yang tiada usaha. Disini cuma memerlukan 10% usaha anda sahaja dan selebihnya 90% akan dilakukan oleh sistem itu sendiri dan “back-up” daripada kekuatan produk.

Terima kasih kepada ahli-ahli VeMMA yang sentiasa memberikan sokongan serta tidak lupa kepada upline saya yang telah memperkenalkan business ini kepada saya.

Saya berharap laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan info tentang business global yang hebat ini. Anda tidak perlu untuk meminta kebenaran daripada saya untuk mengambil apa sahaja informasi daripada laman web ini. Semua ini untuk anda. Setiap kebaikan datang daripadaNya dan setiap kelemahan daripada saya jua. Diucapkan selamat maju jaya dan diberkati selalu..!!

VeMMA Member
ID 603731905
depetik dari laman : http://rockfosgate.webs.com/


Portal 2+1

16/05/2009

Portal Komuniti Teknologi Rangkaian
ok la,hari ni JanaNiaga ingin menceritakan mengenai portal yang merupakam Laman web yang berfungsi sebagai pintu masuk ke Internet, dengan menyediakan kandungan berguna dan capaian ke pelbagai laman web/tapak dan ciri2nya dalam Internet.

Dunia dunia yang tanpa sempadan ini portal juga merupakan satu medium kepada rakyat untuk membicarakan sesuatu isu atau cerita dengan pembagai pendapat dan cadangan yang boleh kita analisis mengikut pandangan sendiri.

PORTAL sekarang bukan sahaja ahlinya dapat berbincang malah mendapatkan sesuatu perisian,cerita,atau pelbagai benda secara percuma atau berbayar,Selain itu di ruang portal juga di sediakan ruanga sembang online,info terkini dan yang peling penting Ruangan Peniklanan yang mana boleh membant mereka yang menjalankan bisnes online untuk laluan trafik kepada mereka.

di bawah ini JanaNiaga letakkan beberapa portal yang terbaik:

Revolusi Komuniti Masa Kini
.: sYok.Org :


Rancangan Perniagaan – Pengenalan dan Panduan Menulis Rancangan Perniagaan

16/05/2009

Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan (RP)

Rancangan Perniagaan atau RP ialah dokumen yang menerangkan secara terperinci berkenaan dengan selok belok sesebuah perniagaan termasuk pelan awal, keperluan modal, rancangan pemasaran, jualan dan unjuran keuntungan. Selain daripada merekodkan informasi penting yang berkaitan dengan sesebuah syarikat dan perniagaan, rancangan perniagaan juga penting dalam usaha untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi institusi kewangan.

Antara kegunaan rancangan perniagaan:

* Membolehkan usahawan membuat penilaian terhadap perniagaan yang bakal atau sedang dijalankan dari pelbagai sudut teknikal dan kewangan
* Menjadi blue print atau panduan selepas operasi perniagaan dilancarkan
* Membuat kajian pasaran serta menilai sama ada perniagaan mempunyai prospek atau potensi untuk maju atau sebaliknya
* Meyakinkan institusi kewangan atau pihak yang mampu memberikan pinjaman perniagaan menerusi dokumentasi yang lengkap

Kandungan Dalam Rancangan Perniagaan

Isi kandungan yang penting dan perlu ada dalam sebuah rancangan perniagaan adalah seperti berikut:

1. Jadual kandungan

Menerangkan apakah intipati serta aspek aspek utama yang bakal ditonjolkan dalam sesebuah rancangan perniagaan. Ini untuk memudahkan usahawan dan pembaca untuk mengetahui serta melangkau terus ke topik yang dikehendaki dengan mudah.

2. Ringkasan Eksekutif/Sinopsis

Menerangkan secara ringkas tentang kandungan rancangan perniagaan dan serba sedikit tentang perniagaan yang bakal/sedang diceburi dan juga tujuan penghasilan rancangan perniagaan.

3. Pengenalan

Mengandungi maklumat maklumat penting syarikat, produk, servis dan sebagainya. Maklumat yang perlu ialah: Nama Syarikat, Jenis Perniagaan Yang Diceburi, Barangan/Perkhidmatan Yang Ditawarkan, Lokasi Premis, Tarikh Mula Perniagaan, Latar Belakang Industri, Trend Pasaran Kini dan Masa Hadapan.

4. Tujuan Penyediaan RP

Perlu nyatakan dengan jelas apakah tujuan utama penghasilan rancangan perniagaan tersebut. Adakah ia untuk memohon pinjaman atau pembiayaan kewangan dari pihak tertentu? Atau rancangan untuk melaksakan projek terbaru/mengembangkan perniagaan? Atau ianya sebagai sumber rujukan usahawan dalam menguruskan perniagaan? Atau tujuan tujuan lain?

5. Latar Belakang Perniagaan/Syarikat

Apakah nama perniagaan tersebut? Di manakah alamat operasi serta nombor telefon yang boleh dihubungi? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan? Apakah kegiatan utama dalam perniagaan? Bilakah tarikh mula perniagaan? Apakah nombor pendaftaran syarikat/perniagaan? Berapakah jumlah modal perniagaan/modal benar? Siapakah pemegang saham syarikat/perniagaan?

6. Latar Belakang Pemilik/Pemegang Saham

Butir butir pemilik dan pemegang saham seperti nama, nombor telefon, kelulusan akademik serta pengalaman & kemahiran perlu dijelaskan di sini.

7. Maklumat Pengurusan dan juga Organisasi

Apakah visi dan misi syarikat? Bagaimanakah struktur organisasi syarikat (sertakan carta) serta senaraikan kakitangan dan pekerja yang bakal terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat dan perniagaan. Untuk senarai kakitangan, nyatakan jawatan mereka serta tugas dan peranan. Gaji dan imbuhan yang bakal diberikan kepada pekerja juga hendaklah dinyatakan sekali. Manakala kos yang terlibat dalam pembelian alatan pejabat juga tidak harus ditinggalkan.

8. Rancangan & Strategi Pemasaran

Antara kandungan yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Analisis terhadap pasaran perlu dibuat untuk membolehkan unjuran jualan serta analisis saingan hampir kepada ramalan. Rancangan pemasaran yang baik akan meneliti produk/servis yang bakal diberikan, prospek pelanggan dan pasaran am. Saiz pasaran perlu diukur dalam usaha mendapatkan jumlah potensi pelanggan dalam masa yang tertentu (seperti dalam setahun dan sebagainya).

Apakah kelebihan dan ciri ciri yang anda pada produk/perkhidmatan perniagaan kita? Adakah ia mudah diperolehi menerusi pesaing pesaing perniagaan yang lain? Apakah faktor faktor yang bakal menarik minat pelanggan? Bagaimana penentuan harga dibuat – adakah ia lebih tinggi dari pasangan, lebih rendah atau sama sahaja? Bagaimana pula dengan strategi pengedaran. Adakah sebilangan pengedar akan dilantik atau pengedaran akan dilakukan secara terus? Berapakah anggaran kos yang terlibat dalam proses pemasaran produk dan perkhidmatan? Apakah teknik teknik promosi yang bakal dijalankan, dan bagaimana?

9. Rancangan Pengeluaran/Operasi

Jika perniagaan adalah berasaskan produk, berapa kuantiti yang bakal dihasilkan dalam tempoh yang tertentu? Jika ianya adalah perniagaan pembuatan, bagaimanakah proses pembuatan/pengilangan produk? Sertakan carta alirnya. Bagaimana dengan strategi penyimpanan stok. Apa akan berlaku kepada stok berlebihan?

Bagaimanakah penyimpanan bahan mentah (jika ada) dibuat? Berapa ramaikah senarai buruh/pekerja yang terlibat dalam pengeluaran/perkhidmatan? Bagaimana pengendalian mesin/alatan operasi dibuat?

10. Rancangan Kewangan

Rancangan kewangan adalah satu lagi aspek yang amat penting dan kritikal dalam penghasilan rancangan perniagaan. Ia penting untuk memastikan analisis dan andaian andaian yang dibuat berkaitan dengan pasaran, jualan dan kos kos yang terlibat adalah realistik.

Rancangan kewangan mengandungi aspek: kos dan modal perlaksanaan perniagaan, sumber pembiayaan kewangan (sama ada modal sendiri, pinjaman bank, sewa beli atau lain lain sumber), aliran tunai (bulanan dan tahunan, untuk jangka masa 3 tahun), penyata pendapatan (tahunan, untuk jangka masa 3 tahun) dan analisis pulangan modal (break-even analysis).

Dipetik Dari:http://ekerjaya.com/


Tujuh Perkara ‘Jangan’ dilakukan Usahawan Melayu Untuk Maju

15/05/2009

Satu nasihat yang sering diberi kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan ialah menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi. Paling utama ialah ilmu dan kemahiran berkaitan bidang perniagaan yang ingin diceburi serta aspek pengurusan.

Ilmu dan kemahiran yang dicari boleh didapati dengan pelbagai cara. Satu kaedah menambah pengetahuan ialah dengan menghadiri seminar di mana kita dapat mendengar ucapan dan pembentangan kertas kerja oleh mereka yang arif dan pakar dalam bidang tertentu.

Sabtu lalu, saya dijemput ke Seminar Usahawan Muda anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan. Amat memberangsangkan apabila melihat ramai golongan muda Melayu hadir dan tekun mengikuti ucapan dan ceramah mengenai keusahawanan.

Berikutan perbincangan hebat kebelakangan ini mengenai pencapaian orang Melayu yang tidak menepati sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB), semangat dan minat yang ditunjukkan oleh ratusan peserta di seminar itu memberi harapan bahawa generasi muda Melayu sekarang ingin dan bersedia melakukan perubahan.

Melalui seminar itu, peserta berpeluang mendengar penerangan mengenai peluang perniagaan dan bantuan kewangan yang disediakan oleh pelbagai institusi. Lebih penting ialah peserta bertuah dapat mendengar ucapan dan pesanan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang merasmikan seminar itu.

Apabila pemimpin, tokoh usahawan atau pakar pengurusan berceramah kepada usahawan baru atau bakal usahawan, mereka biasanya akan mengingatkan perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan untuk berjaya.

Bagaimanapun, Nor Mohamed dalam ucapannya pada seminar itu tidak memberi ingatan mengenai apa yang perlu dibuat tetapi menggariskan tujuh perkara yang ‘jangan’ dilakukan oleh usahawan jika mereka ingin berjaya.

Pesanan pertama beliau ialah usahawan jangan memilih sesuatu bidang perniagaan hanya kerana orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan berkenaan. Pemilihan sebegini amat berbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

Usahawan diingatkan supaya jangan terikut-ikut dengan ‘sindrom goreng pisang’ yang sangat popular dikalangan Bumiputera, di mana bila ada orang berniaga goreng pisang, semua orang hendak berniaga goreng pisang.

Nasihat kedua ialah jangan mencampur adukkan urusan wang syarikat dengan wang sendiri. Ramai usahawan Bumiputera gagal mengawal disiplin diri dan gemar menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai dan seterusnya gagal.

Dalam konteks ini, usahawan perlu faham konsep ‘entiti berasingan’ antara dirinya dengan perniagaannya, walaupun perniagaan itu kepunyaannya sendiri. Usahawan perlu menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara ketiga ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan Islam di mana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan atau maklumat mengenai produk. Penipuan akan menghilangkan barakah dalam urusan perniagaan dan lambat laun akan diketahui orang.

Perkara keempat yang diingatkan ialah usahawan jangan tamak. Ramai usahawan menjadi tamak apabila mula berjaya dan cuba membuat terlalu banyak perkara pada masa sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus dan akhirnya mungkin rugi seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Pesanan kelima ialah jangan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu untuk keperluan perniagaan dengan keyakinan pinjaman dapat dibayar balik.

Nasihat keenam kepada usahawan ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima. Ini lebih kritikal jika sumber maklumat itu kabur atau disangsikan. Dalam mengurus perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat.

Keputusan yang salah boleh menjadi beban berat kepada usahawan dan perniagaannya. Untuk mengurangkan risiko membuat keputusan yang salah, usahawan perlu mengambil langkah mengesahkan setiap maklumat yang diperoleh.

Nasihat ketujuh Menteri Kewangan Kedua ialah usahawan jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan Bumiputera yang ketara. Memang berlaku di mana usahawan kita lebih sibuk menjatuhkan orang lain daripada berusaha memperbaiki diri.

Usahawan berjaya seharusnya dicemburui secara positif. Mereka yang berjaya hendaklah dijadikan penanda aras dan cabaran sebagai rangsangan untuk memajukan diri. Usahawan perlu percaya kepada konsep menang-menang. Malah dalam keadaan tertentu kita mungkin perlu biarkan orang lain menang asalkan kita tidak kerugian.

Dalam perniagaan, membina jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu usahawan seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Tujuh perkara ‘jangan’ yang disebut oleh Nor Mohamed ini harus diberi perhatian serius peniaga dan usahawan Bumiputera. Jika kita perhatikan, sememangnya tujuh perkara yang disebutkan adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan, terutama Bumiputera.

Semua sikap dan amalan negatif yang disarankan supaya dielak oleh usahawan adalah perkara biasa yang seharusnya disedari sendiri oleh usahawan bijak dan jujur. Malangnya, masih ramai yang gagal mengawal diri dan terjebak dengan amalan negatif kerana tidak merancang untuk jangka panjang.

Pengalaman Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menunjukkan memang benar perkara yang dibangkitkan oleh Nor Mohamed adalah antara punca utama kegagalan usahawan Bumiputera.

Semua usahawan Bumiputera, terutama usahawan muda dan baru dalam perniagaan, hendaklah belajar daripada kesilapan usahawan generasi terdahulu. Negara memerlukan usahawan Bumiputera generasi baru yang mengamalkan amalan pengurusan terbaik untuk menjadi usahawan berjaya.

*Dipetik dari
-Nota Niaga Berita Harian, 8 Aug 2005
-http://www.punb.com.my


MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN HANDPHONE

15/05/2009

Dalam melangkah alam perniagaan, seseorang harus bijak merangka perniagaan yg bakal diceburi. Yang paling penting, hendaklah tahu risiko sesuatu perniagaan. Biasanya, apabila kita telah tahu risiko yg bakal dihadapi, kita akan lebih bersedia dan cuba utk mengelakkan dari tersilap langkah dlm perniagaan tersebut.

Perniagaan eload top-up ini tidak perlu mencari downline.Ini kerana bisnes ini bersifat ‘Real Time Income’ bukan MLM.Makin banyak anda membuat jualan makin banyak keuntungan yang anda perolehi.

ANDA PENGGUNA PREPAID? Anda pastinya mahu mendapatkan prepaid yang MURAH! MUDAH dibeli dan MENGUNTUNGKAN yang mengunakan konsep 3M:

*

MURAH Pasti mahukan! Harga prepaid yang ditawarkan melalui sistem ini adalah murah daripada harga pasaran.
*
MUDAH Melalui kaedah SMS sahaja anda akan menerima no. pin atau boleh terus reload topup ke telefon anda. Anda tidak perlu membuang masa ke kedai telefon atau sebagainya.

*
MENGUNTUNGKAN Program ini amat menguntungkan bukan hanya dengan membeli prepaid atau menjualnya kepada orang lain. Program ini juga memberi faedah unutk anda antaranya mendapat kembali modal wang pendaftaran sebagai dealer hanya dengan mendaftarkan beberapa orang dealer sahaja di bawah anda untuk menyertai program ini. Keuntungan pastinya berlipat ganda jika dapat menambah pendaftaran agen di samping menerima bonus, komisen dan sebagainya.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut anda boleh ke :

Eload System- Topup Kredit Serendah RM3.00 serendah RM3

cel max dg xox


Miliki Blog Sendiri Tanpa Perlu Mengupah Orang Lain!

15/05/2009

Salam bahagia.

Di sini saya ada satu info menarik untuk dikongsi bersama.

Jika anda mahu membina blog anda sendiri sama ada untuk
perniagaan atau untuk menjana pendapatan dengan pelbagai
cara, Pakej Kit Blogger adalah satu panduan yang berguna
untuk anda.

Di dalam pakej ni, anda akan ditunjukkan langkah demi
langkah proses pemasangan blog dot com anda sendiri dan
bagaimana menjadi blogger yang hebat.

Untuk berjaya di dalam blogging, anda perlu “memulakan
langkah pertama dengan betul”. Melalui pakej ebook tersebut
anda akan dibimbing bagaimana bermula dengan betul melalui
satu Pelan Tindakan yang bersistematik dan tersusun.

Jika anda selama ini mencari-mencari panduan membina blog,
maka hentikan pencarian itu kerana ia hanya membazir masa
anda sahaja. Dengan Pakej Ebook Kit Blogger, kini segalanya
sudah siap sedia untuk digunakan dan sebahagian besar masalah
anda akan selesai.

Dapatkan maklumat lanjut di sini:


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.